بسم الله الرحمن الرحيم
Seorang musafir yang keletihan setelah berjalan jauh tiba di sebuah kampung. Setibanya di kampung itu, beliau terus pergi ke pasar yang berhampiran untuk membeli makanan. Kemudian, beliau singgah ke sebuah kedai yang menjual roti. Alangkah terkejutnya musafir itu, harga roti yang sudah lama jauh lebih mahal berbanding roti yang baharu saja di masak. Beliau pun bertanya kepada tuan kedai.
"Megapa roti yang lama ini lebih mahal berbanding roti yang masih baru? Bukankah yang masih baru ini lebih enak rasanya?"
"Tuan memang benar, tetapi roti yang lama ini lebih mahal harganya oleh sebab yang lama ini lebih dekat waktunya dengan Rasulullah S.A.W, juga supaya manusia tidak mensia-siakan masa"
Si musafir tadi tersenyum.
Home made bread
*emak ayah selalu pesan, apa yang kita makan akan jadi darah daging dan makanan yang tak baik akan buat hati kita gelap dengan tompok-tompok hitam. Ilmu pula, susah nak lekat dalam hati yang tak bersih. Jadi, berhati-hatilah memilih makanan oleh sebab antara hak-hak jism yang kita perlu tunaikan adalah mendapat makanan yang sihat :) Jom buat roti sendiri!
No comments:
Post a Comment